Saturday, October 12, 2013

Tenaga Nuklear

Tenaga Nuklear
Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom, ialah sejenis tenaga yang "mengikat" nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik. Tenaga nuklear ini dihasilkan dari reaksi nuklear terkawal (iaitu bukan letupan). Loji komersial menggunakan reaksi pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Reaktor utiliti elektrik memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudian digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Tenaga nuklear mula ditemui oleh ahli fizik Perancis bernama Henri Becquerel pada tahun 1896, ketika beliau mendapati bahawa kepingan fotografi yang disimpan di dalam gelap berdekatan dengan uranium telah berubah kehitaman seperti kepingan sinar X, yang baru sahaja ditemui pada tahun 1895.
Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu;
"Pereputan radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif yang mereput lalu membebaskan samada zarah-zarah, sinaran elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali; "pembelahan nuklear”, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau jarang sekali tiga) nuklues yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear”, yang menggabungkan dua nukelus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih berat.
Pereputan radioaktif adalah satu tindakbalas yang berlaku secara spontan, rawak dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak 1950-an lagi. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi, seperti dalam Matahari, dan secara buatan. Walaupun, proses itu telah dibuktikan boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti kawalan ke atas tindak balas, yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh dilakukan secara besar-besaran.
Kegunaan
Pada tahun 2005, tenaga nuklear membekalkan 6.3% tenaga dunia dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis, dan Jepun menggunakan 56,5% elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, IAEA melaporkan terdapat 439 reaktor nuklear di dunia yang beroperasi di 31 negara.
Amerika Syarikat menghasilkan paling banyak tenaga nuklear, dengan tenaga nuklear membekalkan 19% tenaga elektrik yang ia gunakan, sementara Perancis menghasilkan peratusan tertinggi tenaga elektrik dari reaktor nuklear iaitu sebanyak 80% pada 2006. Di Kesatuan Eropah, tenaga nuklear membekalkan 30% tenaga elektrik. Dasar tenaga nuklear berbeza antara negara-negara Kesatuan Eropah, dan sesetengah negara seperti Austria, Estonia, dan Ireland, tidak mempunyai stesen tenaga nuklear aktif. Sebagai perbandingan, Perancis memiliki banyak loji nuklear, dengan 16 stesen pelbagai unit yang digunakan ketika ini.
Di AS, walaupun industri tenaga eletrik daripada arang batu dan gas diramalkan bernilai $85 bilion menjelang 2013, janakuasa tenaga nuklear dianggarkan bernilai $18 bilion.
Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong nuklear. Tiga kapal laut tentera Amerika Syarikat menggunakan tenaga nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan Amerika..
Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran hidrogen, penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam sistem pemanas di sesuatu daerah. Loji Kuasa Nuklear Ikata ialah reaktor nuklear yang dibina berdekatan dengan laut yang berfungsi sebagai penyejuk sekunder.
Sumber: Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
===================================
Tenaga nuklear
Tenaga nuklear biasanya dikaitkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah alam yang dapat membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi, perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear juga berperanan dalam pembangunan sesebuah negara. Jelaskan penyataan ini.
Pengenalan
- Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaatkan kelebihan tanaga nuklear
- Penggunaan tenaga nuklear banyak membantu manusia dalam pelbagai bidang
- Namun demikian, penghasilan & penggunaan tenaga nuklear juga mendatangkan kesan negatif

Isi-isi
Kebaikan
Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan
- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak
- Pensterilan alatan perubatan lebih sempurna
- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian
- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan
- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak tanaman
- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal
- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
- Sinaran nuklear dapat mengubah gen tanaman

Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian
- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah
- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan
- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik
- Dari segi kos seunit,  tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan seperti peleburan besi dan keluli

Keburukan
Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih dahsyat lagi kesannya
Kesan biologi dari penembusan ini boleh dikelaskan sebagai somatikdan genetik.

Kesan somatik adalah impak kepada individu yang terdedah secara langsung kepada sinaran & merangkumi kerosakan kepada sistem peredaran, karsinogenesis, penyusutan fungsi organ & kematian sel.

Kesan genetik berlaku kerana sinaran mengion merosakkan bahan genetik sel dan boleh menyebabkan pemecahan kromosom. Kesan genetik tidak kelihatan kepada individu yang menerima sinaran, tetapi dipindahkan kepada anak dan keturunannya.


Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan

- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuklear

No comments:

Post a Comment