Saturday, October 12, 2013

Latihan Syarikat Berhad STPM

Pada 1 Januari 2008, Syarikat Khadijah Sdn Bhd telah menerbitkan 100 000 syer biasa dengan nilai par RM1.00 pada premium RM0.20 yang ditawarkan keoada orang ramai dan dibayar dengan cara-cara yang berikut :
                                     RM 0.30 atas permohonan
                                     RM 0.50 atas perumpukan ( termasuk premium)
                                     RM 0.20 penggilan pertama
                                     RM 0.20 atas panggilan kedua

Permohonan telah diterima 250 000 syer dan perumpukan dibuat kepada pemohon-pemohon untuk 200 000 syer. Permohonan yang lain ditolak. Wang lebihan yang diterima atas permohonan digunakan untuk perumpukan.

Seorang ahli syarikat itu, yang diumpukkan kepadanya 10 000 syer telah gagal emmbayar wang panggilan pertama, dan syer-syernya dirampas selepas penggilan kedua dibuat. Wang permohonan dan perumpukan, kecuali premium dikembalikan kepadanya. Syer-syer ini kemudian diterbitkan semula pada harga RM0.90 sesyer dan dibayar sepenuhnya.

Pada 1 Januari 2009, Syarikat Khadijah Sdn Bhd membuat terbitan hak 100 000 syer biasa dengan nilai par RM1.00 pada premium RM0.50 yang ditawarkan kepada pemegang syer syarikat. Bayaran penuh perlu dibuat semasa permohonan. Semua syer telah dilanggan dan dibayar penuh.

Dikehendaki :
Sediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga tersebut.


No comments:

Post a Comment