Saturday, October 12, 2013

Isu Keganasan (Pengajian Am)

ISU KEGANASAN

1. Keganasan merupakan isu yang perlu dipandang serius oleh setiap masayarakat.
2. Keganasan tidak semestinya melibatkan situasi peperangan malah termasuk juga rusuhan kaum, pergaduhan yang melibatkan senjata berbahaya, pencerobohan dan sebagainya.
3. Isu ini perlu diambil kira di peringkat dalam negara dan juga global kerana melibatkan manusia sejagat.

ü   Peringkat Global
1. Isu ini begitu popular di peringkat global terutamanya yang melibatkan penglibatan Perstauan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.
2. Antara isu keganasan yang timbul di peringkat global ialah isu rakyat Palestin Kaum Rohingya, Bangsamoro, perkauman di Selatan Thailand, Mesir dan Syria.
3. Tidak semua isu ini berjaya diselesaikan malah masih lagi berlaku hingga kini dan salah satu yang paling ketara ialah isu di Palestin.

o  Isu Rakyat Palestin
a) Isu ini telah lama diperkatakan malah Malaysia juga pernah memperkatakan isu ini dalam Majlis PBB namun wujud keadaan tidak adil ekoran kuasa veto dipegang oleh negara yang bersekutu dengan Israel.
b) Akhir tahun 2012 menyaksikan pelancaran serangan Pillar of Defence oleh Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza.
c)  Pelancaran ini telah mengorbankan lebih 40 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita hamil manakala 400 orang mengalami kecederaan.
d) Hampir seluruh negara di dunia mengambilk langkah mengecam perbuatan Israel yang menindas rakyat Palestin.
e)  Malaysia turut bertindak menggesa PBB membuat ketetapan agar Israel menghentikan serangan serta-merta walaupun arahan gencatan senjata telah dikeluarkan ke atas Israel (Israel mengabaikan arahan ini).
f)  Rakyat malaysia turut menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini dengan menyalurkan bantuan ke atas rakyat Palestin dalam bentuk kewangan, makanan dan keperluan harian.
g) Isu ini seakan-akan tidak akan berakhir ekoran Amerika Syarikat yang merupakan kuasa terbesar dunia merangkap pemegang kuasa veto di peirngkat PBB, mempunyai kepentingan yang perlu dijaga antara Israel.

ü   Peringkat Dalam Negara
Sejak merdeka, keganasan di Malaysia tidak wujud dalam bentuk peperangan tetapi lebih kepada rusuhan kaum, isu penggunaan senjata, pencerobohan pihak luar ke dalam negara.
o  Isu Penggunaan Senjata
a) 2013 - Sejak April hingga Julai, terdapat lebih kurang 14 kes tembakan dalam negara ini.
b) Mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah guru sekolah, pegawai bank dan anggota polis.
c)  Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes bom yang menyebabkan kematian seorang kerani di Kelantan. Bom tersebut dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh manakala kes bom yang terkini melibatkan pegawai bank dan seorang rakan di Pulau Pinang dan bom yang digunakan adalah buatan sendiri tetapi tiada kematian dilaporkan.


o  Isu Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu
a) Pencerobohan ini berlaku ekoran waris Kesultanan Sulu ingin menuntut hak ke atas Sabah.
b) 200 orang pemberontak yang diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram telah melakukan pemberontakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013.
c)  Serangan Jamalul Kiram III ke atas Lahad Datu tidak mendapat sokongan Kaum Sulu.
d) Menurut GMA News (akhbar Filipina), pencerobohan ini mendapat latihan serta bekalan senjata daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai oleh Misuari namun kenyataan ini dinafikan oleh Misuari sendiri tetapi tidak menafikan kemungkinan ada anggota MNLF terlibat sama.
e)  Pasukan Keselamatan Malaysia telah melakukan serangan besar-besaran ke atas penceroboh bersenjata yang menggelar diri mereka tentera Kesultanan Sulu.
f)  Presiden Filipina (Benigno Aquino III) sentiasa memberi kerjasama menangani isu ini dan menggesa kumpulan terbabit berundur dan menyerah diri bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
g) 6 wira negara telah terkorban daripada serangan hendap oleh penceroboh.
Faktor Keganasan
1. Pemikiran tidak rasional menyebabkan tindakan yang tidak wajar diambil seperti dalam kes tembakan.
2. Mendapatkan kekuasaan seperti yang berlaku di Mesir, tentera menindas rakyat yang tidak menyokong pemikiran sekular supaya pemerintahan dipegang oleh pihak yang berkepentingan.
3. Menjaga kepentingan seperti isu Palestin, AS mengambil sikap pilih kasih terhadap Israel bagi menjaga kepentingan ekonomi negaranya sehingga nasib rakyat Palestin tidak terbela.
4. Perbezaan agama seperti yang berlaku kepada Kaum Rohingya yang mana kaum ini ditindas oleh penduduk beragama Buddha.
5. Perampasan hak seperti isu pencerobohan Lahad Datu iaitu asas kepada pencerobohan ini adalah untuk merampas Sabah dari Malaysia.
Kesan Keganasan
1. Kematian dan kemusnahan harta benda.
2. Ketakutan dalam kalangan rakyat.
3. Huru-hara dalam negara.
4. Pencabulan ke atas hak asasi manusia.
5. Kehilangan tempat tinggal dan kemusnahan penempatan.
Langkah Mengatasi Keganasan
1. Memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal.
2. Mengadakan rundingan damai.
3. Membincangkan isu berkenaan di peringkat global.
4. Memantapkan lagi sistem keselamatan dalam negara.
5. Memastikan senjata hanya digunakan dalam ketentaraan dan keselamatan (isu penggunaan senjata).
6. Memberikan info tekini kepada rakyat mengenai kesan keganasan dna cara mengatasinya.
7. Menyebarkan maklumat tentang keburukan keganasan di peringkat sekolah.
8. Menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan rakyat.
9. Menerapkan unsur kesopanan kepada rakyat. 


No comments:

Post a Comment