Saturday, October 12, 2013

Latihan Perkongsian STPM

Encik Aziz dan Bryan ialah rakan kongsi dan bersetuju untuk membahagi untung sama rata dengan perjanjian yang berikut :

                           i.          Faedah atas modal 8% setahun
                         ii.          Ambilan melebihi RM5 000 ke atas akan dikenakan faedah 4% setahn ke atas lebihan itu
                       iii.          Rakan kongsi Aziz dibayar gaji sebulan RM800 dan Bryan diberi bonus RM1500 setahun
                       iv.          Muhibah perkongsian akan dikira berasakan purata keuntungan bagi tiga tahun yang lepas

Pada 31 Oktober 2008, akaun rakan kongsi mempunyai baki-baki berikut :
                                                         Aziz                Bryan
Akaun modal (RM)                        50 000             50 000
Akaun semasa (RM)                        4 200                3 600

Pada 1 November 2008, kedua-dua rakan kongsi telah memutuskan penerimaan Cindy sebagai rakan kongsi baru. Cindy membawa masuk RM100 000 tunai dan sebuah mesin bernilai RM20 000. Nisbah pembahagian keuntungan yang baru adalah sama rata.

Sebagai tambahan, Cindy akan dibayar gaji RM500 sebulan. Beliau juga dijamin oleh dua orang rakan kongsi yang lain bahawa pendapatan gaji tahunan tambah dengan bahagian keuntungan tidak akan kurang daripada RM60 000 setahun. Faedah atas modal dan ambilan rakan kongsi masih kekal seperti kemasukan Cindy.

Keuntungan tiga tahun yang lepas ialah RM55 000, RM105 000 dan RM110 000. Semua rakan kongsi bersetuju supaya muhibah tidak akan direkodkan dalam buku dan semua pelarasan muhibah dibuat dalam akaun modal.

Untung bersih syarikat bagi tahun berakhir 31 Oktober 2009 ialah RM88 800 sebelum mempertimbangkan perkara-perkara berikut :

1)     Perabot pada kos RM60 000 yang dibeli secara kredit pada akhir bulan Mei 2009 telah direkodkan sebagai inventori oleh kerani perkongsian, manakala inventori yang dijual secara kredit dengan harga RM40 000 pada tarikh yang sama belum direkodkan. Susut nilai perabot ialah 10% setahun.
2)     Aziz telah mengeluarkan barang niaga berkos RM2 000 untuk keluarga, tetapi perkara ini tidak direkodkan.
3)     Aziz telah memberi pinjaman RM20 000 kepada syarikat perkongsian pada 1 Februari 2009. Faedag atas pinjaman ialah 4% setahun. Faedah itu belum dicatatkan dalam buku.
4)     Bryan mengeluarkan tunai RM1 000 daripada ambilannya dengan membelu almari untuk kegunaan pejabat pada 1 Ogos 2009.
5)     Ambilan tunai rakan kongsi sepanjang tahun seperti berikut :
                     Aziz               RM12 000
                     Bryan             RM  8 000
                     Cindy             RM10 000
Dikehendaki :
i.                 Sediakan akaun modal rakan kongsi pada 1 November 2008
ii.               Kirakan untung bersih selepas pelarasan yang berakhir pada 31 Oktober 2009
iii.             Sediakan akaun pengasingan untung rugi bagi tahun berakhir 31 Oktober 2009
iv.             Sediakan akaun semasa rakan kongsi bagi tempoh 31 Oktober 2009


No comments:

Post a Comment