ISU KEGANASAN
1. Keganasan
merupakan isu yang perlu dipandang serius oleh setiap masayarakat.
2. Keganasan
tidak semestinya melibatkan situasi peperangan malah termasuk juga rusuhan
kaum, pergaduhan yang melibatkan senjata berbahaya, pencerobohan dan
sebagainya.
3. Isu
ini perlu diambil kira di peringkat dalam negara dan juga global kerana
melibatkan manusia sejagat.
ü Peringkat Global
1. Isu
ini begitu popular di peringkat global terutamanya yang melibatkan penglibatan
Perstauan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN.
2. Antara
isu keganasan yang timbul di peringkat global ialah isu rakyat Palestin Kaum
Rohingya, Bangsamoro, perkauman di Selatan Thailand, Mesir dan Syria.
3. Tidak semua isu ini
berjaya diselesaikan malah masih lagi berlaku hingga kini dan salah satu yang
paling ketara ialah isu di Palestin.
o Isu Rakyat Palestin
a) Isu ini telah lama
diperkatakan malah Malaysia juga pernah memperkatakan isu ini dalam Majlis PBB
namun wujud keadaan tidak adil ekoran kuasa veto dipegang oleh negara yang
bersekutu dengan Israel.
b) Akhir tahun 2012
menyaksikan pelancaran serangan Pillar of
Defence oleh Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza.
c) Pelancaran ini telah
mengorbankan lebih 40 nyawa, termasuk kanak-kanak dan wanita hamil manakala 400
orang mengalami kecederaan.
d) Hampir seluruh
negara di dunia mengambilk langkah mengecam perbuatan Israel yang menindas
rakyat Palestin.
e) Malaysia turut
bertindak menggesa PBB membuat ketetapan agar Israel menghentikan serangan
serta-merta walaupun arahan gencatan senjata telah dikeluarkan ke atas Israel
(Israel mengabaikan arahan ini).
f) Rakyat malaysia
turut menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini dengan menyalurkan bantuan ke
atas rakyat Palestin dalam bentuk kewangan, makanan dan keperluan harian.
g) Isu ini seakan-akan
tidak akan berakhir ekoran Amerika Syarikat yang merupakan kuasa terbesar dunia
merangkap pemegang kuasa veto di peirngkat PBB, mempunyai kepentingan yang
perlu dijaga antara Israel.
ü Peringkat Dalam Negara
Sejak
merdeka, keganasan di Malaysia tidak wujud dalam bentuk peperangan tetapi lebih
kepada rusuhan kaum, isu penggunaan senjata, pencerobohan pihak luar ke dalam
negara.
o Isu Penggunaan Senjata
a) 2013 - Sejak April hingga Julai, terdapat lebih kurang 14 kes tembakan
dalam negara ini.
b) Mangsa terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah guru sekolah,
pegawai bank dan anggota polis.
c) Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kes bom yang menyebabkan kematian
seorang kerani di Kelantan. Bom tersebut dipercayai diaktifkan menggunakan alat
kawalan jauh manakala kes bom yang terkini melibatkan pegawai bank dan seorang
rakan di Pulau Pinang dan bom yang digunakan adalah buatan sendiri tetapi tiada
kematian dilaporkan.
o Isu Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad
Datu
a) Pencerobohan ini
berlaku ekoran waris Kesultanan Sulu ingin menuntut hak ke atas Sabah.
b) 200 orang
pemberontak yang diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram telah melakukan
pemberontakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013.
c) Serangan Jamalul
Kiram III ke atas Lahad Datu tidak mendapat sokongan Kaum Sulu.
d) Menurut GMA News
(akhbar Filipina), pencerobohan ini mendapat latihan serta bekalan senjata
daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang diketuai oleh Misuari
namun kenyataan ini dinafikan oleh Misuari sendiri tetapi tidak menafikan
kemungkinan ada anggota MNLF terlibat sama.
e) Pasukan Keselamatan
Malaysia telah melakukan serangan besar-besaran ke atas penceroboh bersenjata
yang menggelar diri mereka tentera Kesultanan Sulu.
f) Presiden Filipina
(Benigno Aquino III) sentiasa memberi kerjasama menangani isu ini dan menggesa
kumpulan terbabit berundur dan menyerah diri bagi mengelakkan berlakunya
pertumpahan darah.
g) 6 wira negara telah
terkorban daripada serangan hendap oleh penceroboh.
Faktor Keganasan
1. Pemikiran tidak
rasional menyebabkan tindakan yang tidak wajar diambil seperti dalam kes
tembakan.
2. Mendapatkan
kekuasaan seperti yang berlaku di Mesir, tentera menindas rakyat yang tidak
menyokong pemikiran sekular supaya pemerintahan dipegang oleh pihak yang
berkepentingan.
3. Menjaga kepentingan
seperti isu Palestin, AS mengambil sikap pilih kasih terhadap Israel bagi
menjaga kepentingan ekonomi negaranya sehingga nasib rakyat Palestin tidak
terbela.
4. Perbezaan agama
seperti yang berlaku kepada Kaum Rohingya yang mana kaum ini ditindas oleh
penduduk beragama Buddha.
5. Perampasan hak
seperti isu pencerobohan Lahad Datu iaitu asas kepada pencerobohan ini adalah
untuk merampas Sabah dari Malaysia.
Kesan Keganasan
1. Kematian dan
kemusnahan harta benda.
2. Ketakutan dalam
kalangan rakyat.
3. Huru-hara dalam
negara.
4. Pencabulan ke atas
hak asasi manusia.
5. Kehilangan tempat
tinggal dan kemusnahan penempatan.
Langkah Mengatasi Keganasan
1. Memastikan
keselamatan negara sentiasa terkawal.
2. Mengadakan rundingan
damai.
3. Membincangkan isu
berkenaan di peringkat global.
4. Memantapkan lagi
sistem keselamatan dalam negara.
5. Memastikan senjata
hanya digunakan dalam ketentaraan dan keselamatan (isu penggunaan senjata).
6. Memberikan info
tekini kepada rakyat mengenai kesan keganasan dna cara mengatasinya.
7. Menyebarkan maklumat
tentang keburukan keganasan di peringkat sekolah.
8. Menerapkan unsur
patriotisme dalam kalangan rakyat.
9. Menerapkan unsur
kesopanan kepada rakyat.